MagzNetwork

Tengah fikir.......

Posted by Raiden | 2:45 AM | 0 comments »

Mengikut perangkaan Bank Dunia, tiga bilion penduduk dunia kini hidup di bawah garis kemiskinan tegar. Manakala harta kekayaan yang dimiliki 225 individu terkaya di dunia jika dicampurkan berjumlah AS$1 trilion, adalah bersamaan dengan jumlah pendapatan tahunan 5 bilion penduduk dunia (Global Policy Forum, 2003). Ini hanyalah sebahagian kecil daripada pelbagai bukti kehancuran hidup masyarakat dunia hari ini akibat sikap rakus manusia yang diwarnai budaya kapitalis berorientasikan nilai materialistik dan individualistik hingga mengabaikan prinsip keadilan, kasih sayang dan kebajikan dalam kehidupan masyarakat

Komitmen Islam kepada sistem keadilan berteraskan kasih sayang, persaudaraan, tolong-menolong dan tolak ansur turut dimanifestasikan melalui pelbagai wahana jaminan sosial seperti zakat, sadaqah, qard al-hassan (hutang tanpa faedah), takaful dan kafalah (jaminan). Sistem jaminan sosial ini bukan sahaja mempunyai nilai kerohanian yang tinggi bahkan mampu menjadi wahana memastikan kekayaan dan limpahan rezeki kurniaan Allah tidak hanya berlegar sekitar kelompok elit tertentu.

0 comments

Post a Comment